Tuesday, August 7, 2018

Cikgu Fahmi & Tuition - Bagaimana saya bermula

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ingin Cikgu berkongsi bagaimana Cikgu bermula menjadi seorang tutor.

Semuanya bermula pada tahun 2013, apabila Cikgu membuat keputusan untuk mencari kerja sambilan. Ketika itu cuti semesta tahun ke 3 di sebuah Universiti tempatan. Bosan duduk di rumah. Ibu adalah seorang guru, jadi Cikgu cenderung untuk mengajar juga. Akhirnya Cikgu menyertai satu konsultan HomeTuition. Dari situlah bermulanya karier sebagai Tutor. Pelajar pertama masa tu tahun 5.

Disebabkan jadual kerja yang fleksibel, Cikgu teruskan juga mengajar walaupun kelas di kampus telah bermula.

Lepas tamat pelajaran Cikgu tak cari kerja?

Nak, memang nak

Tapi,

Hati ini terpaut untuk teruskan selepas anak murid dapat A.

Kepuasan apabila, pelajar telefon sendiri dan ucap terima kasih. Kemudia dia ibubapa pula ucap terima kasih. Rasa HEBAT, rasa LUARBIASA.

Maka bermulalah perjalanan Cikgu Fahmi...

Cikgu Fahmi
AIM | NotaCikguFahmi
Proud Member of Akademi Tutor Terbaik Malaysia

SEMINAR PROJEK A ADDMATHS

Seminar Projek A adalah seminar untuk pelajar tingkatan 4 & 5 Terdapat 2 siri dalam Seminar ini Siri 1 Fokus pada topik yang wajib...